Sunday, December 30, 2007

Thursday, December 27, 2007

Monday, December 17, 2007

Thursday, November 8, 2007

Wednesday, November 7, 2007

“Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang

Pengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.

Jawatan-jawatan yang dinyatakan tadi merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam bidang perguruan. Kenaikan pangkat dalam bidang perguruan cenderung untuk menjauhkan guru daripada melibatkan diri dalam pengajaran di bilik darjah.

Secara tidak langsung, bidang perguruan kehilangan guru-guru yang pakar dan berdedikasi dalam bidang masing-masing apabila mereka dinaikkan pangkat.

Menyedari hakikat tersebut, kenaikan pangkat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 sebagai peluang kenaikan pangkat yang lebih baik bagi guru gemilang yang tidak meninggalkan bilik darjah.

Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang

Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
Meningkatkan motivasi guru.
Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP

Monday, October 29, 2007

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Saturday, September 8, 2007

Sunday, September 2, 2007

'Pertahankan kualiti pendidikan'

SEMPENA tahun baru 2008, pelbagai pihak berharap bidang pendidikan negara akan terus berkembang pesat bagi mencapai matlamat Malaysia menjadi hab kecemerlangan pendidikan, sekali gus menjana modal insan holistik dan bermutu tinggi.

Pada masa sama, mereka turut meminta kerajaan memberi perhatian serius terhadap kebajikan guru dengan melaksanakan pelbagai inisiatif penambahbaikan, terutama menangani isu berkaitan perjawatan dan peluang kenaikan pangkat secara berkesan.

Tokoh pendidikan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, berkata kemajuan pendidikan amat penting untuk melahirkan modal insan berkebolehan dan berkeupayaan sesuai dengan keperluan negara serta cabaran globalisasi.

Justeru, sebagai langkah persediaan merealisasikan hasrat berkenaan, bekas Ketua Pengarah Pelajaran itu berkata, antara aspek utama harus diberi penekanan ialah memastikan kualiti pendidikan sentiasa terpelihara tanpa kompromi.

Selain itu, katanya, berusaha melahirkan lepasan sekolah yang bukan saja boleh menghafal tetapi memiliki kuasa fikir, intelek, inovasi dan reka cipta bertepatan Falsafah Pendidikan Negara serta mempunyai nilai moral tinggi.

“Seterusnya, mengatasi jurang perbezaan mutu pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar. Segala usaha ini harus bermula dari akar umbi, iaitu peringkat sekolah rendah.

“Ini kerana kemajuan dan kemantapan pendidikan bermula peringkat berkenaan secara langsung akan menyelesaikan banyak masalah dalam proses penjanaan modal insan pada tahap sekolah menengah pula,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Dalam konteks berkaitan, Abdul Rahman menegaskan, kecemerlangan bidang pendidikan negara harus dilengkapi dengan kemajuan intelek, moral, nilai estetika secara holistik, kesedaran tanggungjawab terhadap negara dan juga nilai sosial masyarakat.

Bagaimanapun, katanya, perubahan dalam bidang pendidikan tidak boleh dilakukan sekali gus kerana ia memerlukan sumber mencukupi, terutama dari segi keperluan kewangan dan tenaga.

“Usaha ini amat memerlukan penggemblengan sumber tenaga secara berkesan dengan pembekalan kelengkapan mencukupi dan kepemimpinan sekolah yang jitu.

“Selain itu, guru berdedikasi serta maju yang mendapat pendedahan ilmu pengetahuan terkini kerana pendidikan bukanlah suatu bidang statik,” katanya.

Sementara itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) pula berharap warga pendidik memberi komitmen penuh untuk menjayakan matlamat Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata guru juga perlu lebih komited terhadap tugas bagi melahirkan pelajar berfikiran kritis dan menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira dengan mantap pada semua peringkat pendidikan.

Dalam pada itu, beliau berkata, NUTP juga berharap Kementerian Pelajaran akan menyelesaikan beberapa isu kritikal berhubung kebajikan guru, termasuk mempercepat proses pelarasan gaji dan urusan kenaikan pangkat.

Saturday, August 11, 2007

Tuesday, July 31, 2007

Friday, July 27, 2007

17 ciri guru matematik berkesan

Guru memainkan peranan penting memastikan penghidupan budaya matematik .Peranan guru jelas menonjol mutakhir ini apabila terdapat keperluan untiuk melahirkan masyarakat madani yang berketrampilan dan mampu bersaing dalam era globalisasi.

Berdasarkan kajian Mohd Majid (1997) ciri guru matematik adalah

A.personaliti guru
i. sebagai model kepada pelajar
ii. berani
iii. bersih fizikal dan mental
iv. baik hati
v. rajin

B. asas pengetahuan bagi pengajaran
i. mengikut keutamaan
ii. pengetahuan tentang pelajar
iii. pengetahuan mengenai sifat mereka
iv. kandungan pedagogi
v. matlamat pendidikan
vi. konteks pendidikan
vii. kurikulum

C. tingkah laku dan tindakan guru
i. memahami matlamat pendidikan dan idea yang akan diajar
ii. mengolah pemahamannya kepada pemahaman pelajar
iii. mengurus,menyusun dan menyampaikan pengajaran
iv. menilai pengajaran
v. mengimbas kembali pengajaran

Wednesday, July 25, 2007

pengembangan staff 1



Teknik dan kaedah yang boleh digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran melibatkan beberapa kemahiran antaranya



a. Kemahiran berfikir

b.Kemahiran belajar cara belajar

c.kemahiran proses sains

d.kemahiran akses kendiri

e.kemahiran masteri

f.kemahiran kontekstual

g.kemahiran pelbagai kecerdasan

h.kemahiran konstruktism

Semua fail ini dalam format Power Point

( sila click untuk view atau save bahan kemahiran )