Sunday, June 22, 2008

Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. (baca lagi.......)

Thursday, June 5, 2008

CIRI-CIRI GURU MURSYID

lubna menulis "Ciri-ciri guru mursyid itu yang diberikan oleh guruku...adalah..

1. Ilmu Islamnya global, luas dan bukan takat ilmu lahir tetapi ilmu rohaniah. Ilmunya mencakupi pelbagai bidang seperti tauhid, ibadah, tasauf, kepimpinan, perjuangan, keluarga dan juga kemasyarakatan.

2. Ilmunya itu bukan dirujuk pada kitab tetapi dia mendapat ilham daripada Tuhan. Ini bersesuaian dengan firman Tuhan yang maksudnya bilamana seseorang itu bertaqwa, maka Allah akan anugerahkan ilmu padanya. Juga dalam firman Tuhan lain yang bermaksud orang yang dianugerahkan Tuhan hikmah itu mendapat kebaikan yang banyak.

3. Ilmunya bukan sekadar ilmu tetapi ia hidup dan mendarah daging pada dirinya. Bermaksud dia boleh mengamalkan ilmu tersebut. Ilmu dan amal itu selari. Amalannya tepat sepertimana ilmunya. Dia bukan sahaja bercakap tetapi berbuat sesuai dengan cakapnya.

4. Peribadinya mendekati peribadi Rasulullah s.a.w. Dia adalah bayangan Rasulullah bila disuluh dari sudut tauhid, ibadah, akhlak dan perjuangannya. Bahkan dialah orang yang paling kenal Rasulullah s.a.w, boleh menceritakan bahkan menjiwai watak Rasulullah.

5. Dia mempunyai kekuatan roh dan akal untuk mendidik muridnya dan ini diterjemahkan oleh peribadi muridnya sendiri. Dalam ertikata lain, berjaya muridnya untuk mujahadah dan mengusahakan taqwa itu adalah hasil didikannya.

6. Dia sangat kenal dan faham tentang muridnya. Bahkan dia sangat bertanggungjawab terhadap muridnya terutama dalam soal urusan muridnya dengan Tuhan.
"