Thursday, January 3, 2008

Mesyuarat PPSMI dan penerangan perancangan strategik oleh GKMP sains dan Matematik dibilik gerakan pada jam 3 petang ,3 Jan 2008


Tuesday, January 1, 2008

PERATURAN‐PERATURAN PENDIDIKAN
(KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997*
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan‐peraturan yang berikut:
1. Nama dan mula berkuat kuasa.
Peraturan‐peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan‐Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1998.
2. Tafsiran.
Dalam Peraturan‐Peraturan ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“bahan kurikulum” ertinya semua bahan yang digunakan dalam pengajaran kepada dan pembelajaran oleh murid;

“guru besar” atau “pengetua” ertinya seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelola suatu sekolah swasta dan yang bertanggungjawab untuk mentadbir atau mengurus suatu sekolah;

“jadual waktu” ertinya suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolah├án dalam suatu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu;

“jadual waktu yang diluluskan” ertinya suatu jadual waktu yang diluluskan oleh Menteri;