Thursday, December 25, 2008

Thursday, November 27, 2008

Friday, September 19, 2008

Monday, September 15, 2008

Saturday, September 6, 2008

Monday, September 1, 2008

Monday, July 21, 2008

Anda mungkin perlukan ruang di internet bagi menyimpan berbagai jenis fail yang ada di komputer anda. Ini ada gunanya. Sebagai contoh, jika anda bertukar tempat kerja, bekerja di luar daerah atau bertukar komputer, anda dapat mengambil semula fail-fail tersebut dari internet. Ia juga boleh digunakan sebagai satu sistem pendua (backup) sekiranya sesuatu berlaku pada komputer yang sedang anda gunakan. Terdapat beberapa laman yang memberikan khidmat menyediakan ruang sebegini untuk anda, dan laman yang popular adalah yang memberikan ruang secara percuma.


Kini ramai orang menggunakan ruang-ruang ini untuk berkongsi berbagai perkara termasuk e-book, games, perisian, musik, video, gambar, kandungan CD, VCD atau DVD. Pendek kata, apa saja yang boleh disimpan di komputer anda boleh disimpan di internet dan jika mahu, dikongsikan dengan oranglain.

Terdapat beberapa laman yang menawarkan servis ini, seperti berikut. Anda bolehlah pilih yang sesuai dengan citarasa anda:

http://www.ebookee.com/
http://avaxhome.org/ebooks/
http://read.freeduan.com/index.htm
http://gigapedia.org/
http://www.easy-share.com/
http://www.ebooks-share.info/
http://www.sharingengines.com/
http://free-ebooks.com.np/
http://www.bestsharing.com/
http://rapidshare.com/
http://old.ftp2share.com/
http://www.depositfiles.com/en/
http://mihd.net/
http://www.icefile.net/
http://www.bestsharing.com/
http://www.fileflyer.com/
http://www.filefactory.com/
http://www.zshare.net/

Sunday, July 13, 2008



Berita status pencen guru


Bagaimana membuat Blog sendiri .....

Friday, July 11, 2008

Sijil Anugerah Perkhidmatan cemerlang tahun 2007
Tahniah diucapkan kepada kakitangan sekolah yang menerima anugerah daripada Pengarah Pelajaran Melaka atas pencapaian tersebut.
Mereka adalah
1. En Ahmad Rizal bin aziz
2. En Azmi Bin Samah
3. Cik Boey Siew Inn
4. En Md Yusof bin Md noh
5. Pn Narina Bt Leman Shah
6. Pn seet Chye Neo
7. En Sulaiman bin adan
8. Pn Wahida Bt Saul Hamid

Tuesday, July 8, 2008

Transformasi pendidikan bermula 2010

KUALA LUMPUR 12 Jun - Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, transformasi tersebut akan melibatkan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah.

''Kami akan buat perubahan dari segi kandungan kurikulum supaya ia menjadi lebih menarik dan seronok serta tidak membebankan pelajar.

''Kita nak wujudkan konsep 'pelajar berlari ke sekolah dan berjalan pulang ke rumah' sebagai menunjukkan betapa mereka seronok dan teruja untuk menimba ilmu di sekolah,'' katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat daerah Hulu Langat di sini hari ini.

Alimuddin berkata, selain kurikulum, transformasi tersebut juga akan melibatkan perubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan.

Menurutnya, melalui sistem penilaian baru itu, prestasi para pelajar akan dinilai sejak mereka berada di tahun satu lagi.

''Ini bermakna ketika pelajar-pelajar itu menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), peperiksaan mereka melibatkan silibus yang kecil sahaja kerana mereka telah dinilai sejak awal lagi,'' jelasnya.

Beliau memberitahu, sistem yang bakal dilaksanakan itu akan menggunakan sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan di universiti.

Menurut Alimuddin lagi, tahun ini sebanyak 50 sekolah telah dipilih sebagai perintis bagi melaksanakan transformasi tersebut dan ia akan diteruskan kepada 500 buah lagi pada tahun hadapan serta ke seluruh negara menjelang 2010.

Beliau berharap, melalui mekanisme transformasi itu, lebih ramai pelajar yang bermutu, berilmu pengetahuan dan berdisiplin dapat dilahirkan menjelang tahun 2020.

''Pelajar-pelajar yang berada di peringkat sekolah sekarang ini akan berusia antara 20 hingga 30 tahun menjelang 2020 dan produktiviti mereka sangat diperlukan untuk memajukan negara,'' katanya.

Sunday, June 22, 2008

Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan. (baca lagi.......)

Thursday, June 5, 2008

CIRI-CIRI GURU MURSYID

lubna menulis "Ciri-ciri guru mursyid itu yang diberikan oleh guruku...adalah..

1. Ilmu Islamnya global, luas dan bukan takat ilmu lahir tetapi ilmu rohaniah. Ilmunya mencakupi pelbagai bidang seperti tauhid, ibadah, tasauf, kepimpinan, perjuangan, keluarga dan juga kemasyarakatan.

2. Ilmunya itu bukan dirujuk pada kitab tetapi dia mendapat ilham daripada Tuhan. Ini bersesuaian dengan firman Tuhan yang maksudnya bilamana seseorang itu bertaqwa, maka Allah akan anugerahkan ilmu padanya. Juga dalam firman Tuhan lain yang bermaksud orang yang dianugerahkan Tuhan hikmah itu mendapat kebaikan yang banyak.

3. Ilmunya bukan sekadar ilmu tetapi ia hidup dan mendarah daging pada dirinya. Bermaksud dia boleh mengamalkan ilmu tersebut. Ilmu dan amal itu selari. Amalannya tepat sepertimana ilmunya. Dia bukan sahaja bercakap tetapi berbuat sesuai dengan cakapnya.

4. Peribadinya mendekati peribadi Rasulullah s.a.w. Dia adalah bayangan Rasulullah bila disuluh dari sudut tauhid, ibadah, akhlak dan perjuangannya. Bahkan dialah orang yang paling kenal Rasulullah s.a.w, boleh menceritakan bahkan menjiwai watak Rasulullah.

5. Dia mempunyai kekuatan roh dan akal untuk mendidik muridnya dan ini diterjemahkan oleh peribadi muridnya sendiri. Dalam ertikata lain, berjaya muridnya untuk mujahadah dan mengusahakan taqwa itu adalah hasil didikannya.

6. Dia sangat kenal dan faham tentang muridnya. Bahkan dia sangat bertanggungjawab terhadap muridnya terutama dalam soal urusan muridnya dengan Tuhan.
"

Saturday, May 3, 2008

HARI KELUARGA MOZ@C 2008

Sunday, April 20, 2008

Sunday, April 13, 2008

Sebelum suatu kajian tindakan dilakukan, kertas cadangan perlulah disediakan. Selain daripada membuat perancangan, kertas kerja juga digunakan untuk mengenal pasti bahan, kos dan jadual pelaksanaan agar aktiviti kajian berjalan dengan lancar. Ia juga penting untuk mendapatkan sokongan pihak pentadbiran sekolah.
Tidak terdapat format yang ditetapkan khas untuk kertas cadangan kajian tindakan namun beberapa aspek penting perlu ada dalam suatu kertas cadangan tersebut.
Menurut Modul Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (1995), garis panduan yang dicadang dalam penulisan adalah seperti berikut ini.

1. Tajuk kajian

2. Nama atau Ahli Jawatankuasa Pengkaji

3. Latar Belakang kajian

4. Pernyataan masalah kajian atau keprihatinan

5. Rasional kajian

6. Objektif kajian

7. Metodologi/Teknik kajian

a. Langkah 1: Pengenalpastian isu/masalah

b. Langkah 2: Perancangan

c. Langkah 3: Pelaksanaan tindakan

d. Langkah 4: Pemerhatian

e. Langkah 5: Refleski dan penilaian

8. Kesignifikanan kajian

9. Anggaran peruntukan kewangan

10. Jadual pelaksanaan kajian
(sumber tambahan IAB)

Sunday, March 2, 2008

Thursday, February 21, 2008

Tarikh baru UPSR, PMR, SPM, SPMU dan STAM

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menetapkan tarikh baru bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk tahun ini.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, anjakan tarikh baru ini ke penghujung tarikh cuti akhir tahun persekolahan mulai tahun ini bertujuan mengurangkan masalah ponteng sekolah pelajar selepas musim peperiksaan.

Bagi SMPU ialah pada 24 dan 25 Jun 2008, UPSR, 9, 10, 11 September 2008, PMR, 13, 14, 15 Oktober, 4 dan 5 November 2008, STAM 20, 21, 22, 28, 29 Oktober 2008, SPM, 12 Nov hingga 6 Disember 2008, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, LPM telah membuat beberapa kajian dan perbincangan melibatkan beberapa pihak berkepentingan, termasuk mereka yang mengendalikan peperiksaan.
Permohonan Pertukaran Guru Jun 2008 Secara Online

Sukacita dimaklumkan bahawa pertukaran guru antara negeri dan bahagian-bahagian di KPM mulai Jun 2008 akan di buat secara on-line (eGTukar).

Sistem akan di buka kepada semua guru-guru yang berkelayakan untuk bertukar antara negeri bermula pada 1 April 2008 hingga 30 April 2008 (1 bulan) melalui laman web KPM di alamat URL http://www.moe.gov.my pada APLIKASI DALAM TALIAN ruangan Perguruan.

Harap maklum.
Sekian Terima Kasih.

Tuesday, February 5, 2008

Thursday, January 3, 2008

Mesyuarat PPSMI dan penerangan perancangan strategik oleh GKMP sains dan Matematik dibilik gerakan pada jam 3 petang ,3 Jan 2008


Tuesday, January 1, 2008

PERATURAN‐PERATURAN PENDIDIKAN
(KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997*
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan‐peraturan yang berikut:
1. Nama dan mula berkuat kuasa.
Peraturan‐peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan‐Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1998.
2. Tafsiran.
Dalam Peraturan‐Peraturan ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“bahan kurikulum” ertinya semua bahan yang digunakan dalam pengajaran kepada dan pembelajaran oleh murid;

“guru besar” atau “pengetua” ertinya seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelola suatu sekolah swasta dan yang bertanggungjawab untuk mentadbir atau mengurus suatu sekolah;

“jadual waktu” ertinya suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolahàn dalam suatu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu;

“jadual waktu yang diluluskan” ertinya suatu jadual waktu yang diluluskan oleh Menteri;