Thursday, February 21, 2008

Tarikh baru UPSR, PMR, SPM, SPMU dan STAM

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menetapkan tarikh baru bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk tahun ini.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, anjakan tarikh baru ini ke penghujung tarikh cuti akhir tahun persekolahan mulai tahun ini bertujuan mengurangkan masalah ponteng sekolah pelajar selepas musim peperiksaan.

Bagi SMPU ialah pada 24 dan 25 Jun 2008, UPSR, 9, 10, 11 September 2008, PMR, 13, 14, 15 Oktober, 4 dan 5 November 2008, STAM 20, 21, 22, 28, 29 Oktober 2008, SPM, 12 Nov hingga 6 Disember 2008, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, LPM telah membuat beberapa kajian dan perbincangan melibatkan beberapa pihak berkepentingan, termasuk mereka yang mengendalikan peperiksaan.